Sunday 10 December 2017

Putera Mahkota Arab Saudi, Pembeli Lukisan Yesus Termahal Di Dunia Karya Da Vinci.

Tags



Lukisan "Salvador Mundi" (Juruselamat Dunia) karya Leornado da Vinci.

Telah didedahkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi adalah pembeli sebenar lukisan Leornado da Vinci berharga $450.3 juta (atau RM1.8 bilion) - dan sepupu jauhnya, yang telah dilaporkan membelinya, hanya adalah proksi untuk pembelian tersebut.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah membeli lukisan Yesus karya da Vinci dengan harga yang memecah rekod, menurut perisikan kerajaan Amerika Syarikat dan seorang tokoh seni Arab Saudi yang memiliki pengetahuan mengenai pembelian itu, menurut Wall Street Journal.

Putera Bader bin Abdullah bin Farhan al-Saud, seorang tokoh yang kurang dikenali dan seorang saudara jauh putera mahkota, telah diumumkan sebagai pemenang lelongan, yang diadakan di Christie's pada November.

Tokoh seni Arab Saudi itu mengatakan, "tetapi dia adalah proksi untuk Putera Mahkota."

Dengan Putera Mahkota sebagai pembeli karya da Vinci, lukisan yang juga diselubungi misteri ketika ianya pertama muncul kembali ke dalam dunia seni, sekurang-kurangnya persoalan mengenai pembelinya sudah diselesaikan.

Pada hari Rabu, muzium itu mengumumkan di Twitter dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis bahawa karya seni itu sedang dalam perjalanan ke Lourve di Abu Dhabi.

"Salvador Mundi, karya da Vinci sedang datang ke #LourveAbuDhabi," muzium itu menyatakan di Twitter, sambil memaparkan imej karya berusia 500 tahun itu.

Lukisan "Salvador Mundi" karya da Vinci (Juruselamat Dunia dalam bahasa Latin).

Lourve Abu Dhabi, muzium pertama menggunakan nama itu di luar Perancis, telah dihebahkan sebagai "muzium sejagat pertama di dunia Arab" yang memberi petanda cita-cita global negara yang kaya petrol itu.

"Tahniah," begitu kata Christie's dalam satu balasan Twitter kepada Lourve Abu Dhabi.

Dilukis dengan cat minyak di atas kepingan papan kayu berukuran 18 kali 26 inci, Salvador Mundi menunjukkan wataknya memandang kepada penontonnya, tangan kanannya diangkat dalam doa berkat, dan tangan kirinya memegang sebuah bebola kristal.

Jualan lukisan itu lebih daripada dua kali ganda rekod terdahulu $179.4 juta (atau RM733.8 juta) yang telah dibayar untuk lukisan "The Women of Algiers (Version O)" karya Pablo Picasso, juga di New York.

(Sumber, Dipetik dan diterjemah daripada artikel Daily Mail bertarikh 7 Disember 2017)

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon