Tuesday 16 January 2018

Biodata Nadiyah Shahab, Pelakon Cantik Manis Berasal Dari Singapura.




Nadiyah Shahab adalah seorang pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup. Buah tangan terbaharu beliau adalah sebagai pelakon sampingan dalam drama berjudul ‘Mr. Hijab’ yang disiarkan melalui Slot Iris TV3.

Sebelum bergelar pelakon, Nadiyah Shahab lebih dikenali sebagai Freelance Model dan juga host untuk rancangan travel ‘Lost At Sea’ yang ditayangkan di saluran Go ASEAN (Astro Channel 737).

Dalam rancangan itu, beliau menjelajah dan mengembara ke beberapa bandar dan destinasi utama pelancongan antaranya Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogyakarta, Sulawesi Indonesia dan Sarawak.

Biodata Nadiyah Shahab 
  • Nama Penuh: Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
  • Nama Komersial: Nadiyah Shahab
  • Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Singapura
  • Bintang: Gemini
  • Pendidikan: Jurusan Undang-undang dari Universiti of London, Singapura
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Singapura
  • Keluarga: Anak sulung dari 2 adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Model, Pengacara
  • Drama: Encik Suami Mat Salih Celup, Mr. Hijab (2017)
  • Program TV: Lost At Sea
  • Facebook: @Nadiyah-Shahab
  • Instagram: @nadiyah.shahab
  • Twitter: @nadiyah_shahab
Fakta Menarik Tentang Nadiyah Shahab 
  1. Akaun Instagram Nadiyah Shahab pernah digodam dan beliau terpaksa membayar wang berjumlah RM660 untuk mendapatkan kembali akses tersebut.
  2. Pernah dipaparkan dalam Majalah Esquire dalam artikel yang bertajuk ‘The Women We Love of Instagram’ kerana mempunyai pengikut Instagram yang ramai dalam masa yang singkat.
  3. Ramai yang bertanyakan tentang agama Nadiyah Shahab, tentunya beliau beragama Islam. 
  4. Pernah digelar sebagai Song Ji-hyo Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya. 
  

  

  

  

Kredit

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon