Thursday 11 January 2018

Kronologi Farid Kamil Berperangai Aneh Melempang Polis Traffik Dan Orang Yang Membantunya.

Tags




SEORANG lelaki (orang awam) yang turut dilempang oleh pelakon dan pengarah terkenal Farid Kamil membuat aduan kepada pihak polis tentang kejadian itu.

Salinan laporan polis dibuat olehnya tersebar di media sosial. Laporan polis yang dibuat oleh Ashraf bin Ahmad itu bertulis seperti berikut.

Pada 11 Januari 2018, Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, Ketika saya sedang memandu di Tropicana, saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hujan tengah meminta tolong (dari) kereta yang lalu lalang.

Saya telah berhenti dan saya dapati lelaki tersebut adalah Farid Kamil (Pelakon). Dia meminta bantuan, saya bawa dia ke balai polis kerana dia telah eksiden.

Dalam perjalanan ke balai polis trafik, Farid Kamil berkata dia kesejukan saya telah membawa Farid Kamil ke restoran bonda dan meminjam baju pemilik restoran yang juga merupakan kawan saya.

Saya dapati Farid Kamil telah mulai berkelakuan aneh dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang steering kereta.

Seterusnya saya telah membawa Farid Kamil ke balai polis trafik Kota Damansara untuk membuat laporan polis. Tiba di balai, Farid Kamil masih berkelakuan aneh, tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di hadapan polis trafik.

Belum sempat saya berbuat apa-apa Farid Kamil telah melempang seorang anggota polis trafik yang cuba membantu.

Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat dibahagian perut. Saya juga telah ditendang di bahagian kemaluan dengan disaksikan oleh anggota-anggota polis yang lain.

Tujuan saya membuat laporan polis adalah untuk tindakan lanjut pihak polis.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon