Thursday 18 January 2018

Salah Cetak Status Agama Di Mykad, Menjadi Masalah Besar Di Ranau. Salah Atau Sengaja???

Tags




RANAU: Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Sabah (AGARAS) tiba ke Kg Bongkud Ranau bagi mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Presiden AGARAS Michael Frederick bersama rombongan menerima banyak aduan di mana seramai lebih kurang 100 orang yang hadir pada program ini.

Rata-rata masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkenaan isu Sijil Kelahiran, Mykad, salah cetak status agama didalam Mykad dan isu tanah.

Pengadu mendakwa dimana status agama mereka didapati salah cetak yang mana pengadu tidak pernah menukar agama kepada Islam tetapi dalam Mykad ada dicetak Islam.

Michael Frederick
Presiden AGARAS berkata kes seperti ini telah pernah beliau tangani dan dalam lebih enam kes seperti ini (Ori Kristian - tidak pernah tukar agama) biasanya dapat di selesaikan dan salah satu kes adalah kes pengadu yang tinggal di Kg. Lingkudau Ranau.

Mengenai kes ini, Michael berkata Mykad pengadu dicetak kepada Islam diikuti anak dua orang automatik Islam.

“Dan apabila kes ini diambil perhatian oleh pihak Agaras dalam empat bulan ia telah selesai dan sama seperti beberapa pengadu disini mengalami perkara yang sama dan Agaras telah berjanji untuk berusaha membantu menangani untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh beberapa pengadu,” tambah beliau.

Terdapat juga seorang pengadu yang bernama Victoria, berusia 46 tahun, belum memiliki sijil lahir dan Mykad, ada diharapkan pihak berkaitan akan membantu mereka ini.

Berkenaan isu tanah pula, Michael berkata ramai penduduk mengadu bahawa tanah yang mereka berusaha sejak tahun sekitar tahun 1970an, hingga 1990-an dan telah diusahakan dengan tanaman pokok-polok buah-buahan, getah dan sawit namun apa yang mengecewakan adalah hingga pada hari ini belum ada geran yang dikeluarkan.

Pengadu Victoria, berpakaian baju warna pink, belum memiliki sijil lahir dan MyKad.
Mereka juga mendakwa ekoran daripada masalah ini ramai daripada mereka tidak mendapat subsidi kerajaan contohnya seperti baja tanaman dakwa Ketua Kampung Bongkud.

Pihak AGARAS turut menyeru dan memohon kepada mana-mana jabatan terbabit agar dapat memberikan perhatian dengan masalah-masalah yang dihadapi mereka terutamanya masalah sijil lahir, salah cetak agama dan penyukataan dan pemilikkan tanah serta kelewatan pengeluaran geran kepada penduduk kampung tersebut.

“Pihak kami akan memastikan agar isu-isu ini akan dibawa keperingkat atasan berkaitan,” tambah Michael.

Pada perjumpaan itu, ada juga pengadu yang datang dari Tambunan, Kota Marudu dan Penampang dan apabila ditanya kenapa mereka sanggup datang ke Ranau, mereka menjawab kerana perkara dan masalah mereka hadapi adalah perkara penting dan mereka tidak hiraukan masalah jauh atau dekat yang penting masalah mereka untuk mendapat dokumen diri dapat diselesaikan.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon