Saturday 17 February 2018

Cara Dan Prosedur Tuntut Duit Dari Motor Insurers’ Bureau (MIB), Dana Khas Untuk Melindungi Pengguna Jalanraya Yang Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans.




Sebarkan...

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?


Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.

Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan .

Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia,
Wisma Piam,
No.150-3, 3rd Floor,
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields,
50782 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

**Peringatan: kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon