Saturday 10 February 2018

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) 2018.




Malam berprestij Anugerah Juara Lagu 2017 kini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam ini, 11 Februari 2018.

Anugerah Juara Lagu ke-32 kali ini berkonsepkan atau bertemakan "Fesyen dan Muzik". Malam berprestij AJL 32 buat pertama kali dihangatkan oleh gandingan 2 pengacara Malaysia iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Untuk panduan, seramai 12 peserta finalis berentap untuk merebut gelaran Anugerah Juara Lagu kali ke 32 ini.

Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada hari Ahad, 12 Februari 2018 (RASMI):

1. Juara Lagu AJL32: Hael Husaini - Jampi (RM50,000 + Trofi)
2. Tempat Kedua: Faizal Tahir & Caliph Busker - Sejati (RM35,000 + Trofi)
3. Tempat Ketiga: Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (RM20,000 + Trofi)
4. Vokal Terbaik: Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta (RM12,000 + Trofi)
5. Persembahan Terbaik: Altimet - Amboi (RM12,000 + Trofi)
6. Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Khai Bahar - Bayang (Trofi)

Majoriti yang masuk ke Final AJL32 kali ni menampilkan ramai artis-artis baru seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis.

Seperti biasa penyandang juara Vokal terbaik Dayang Nurfaizah turut berentap dalam edisi kali ini dengan mempertaruhkan lagunya Separuh Mati Ku Bercinta.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon