Thursday 15 March 2018

Hampir Diusir Kerana Miskin, Uji Rashid Terpaksa Pohon Rumah PPR.

Tags




Jika sebelum ini pernah berhadapan dengan detik hitam hampir diusir keluar dari rumah sewa di Ampang, hari ini Uji Rashid sudah mampu menarik nafas lega apabila layak menerima rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah penyanyi yang tersohor sekitar tahun 1970an ini menjadi perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memuat naik di laman Instagram gambarnya bersama Uji Rashid, anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucu penyanyi itu.

Noh dalam catatan di Facebooknya itu berkata, Uji Rashid telah datang ke pejabatnya berhubung permohonan penyanyi itu untuk mendapatkan rumah PPR.

“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya Noh melalui catatannya itu.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon