Wednesday 14 March 2018

Kartina Osir - Gadis Borneo Di Mata Dunia 1978.




Mungkin tak banyak yang mengetahui bahawa gadis pertama Negara yang menjejakkan kaki di London mengikuti pertandingan Ratu Cantik bertaraf dunia iaitu Miss World pada 1978 adalah berasal dari Sabah.

Miss World yang mewakili Malaysia pada tahun 1978 , bernama Kartina Osir berumur 22 tahun ketika mengikuti acara Ratu Cantik berkenaan, dan beliau mengenakan pakaian tradisional kaum KadazanDusun.


Pertandingan Ratu Cantik Miss World berkenaan diadakan di dalam bangunan Royal Albert Hall London, United Kingdom dan membuka mata dunia untuk pertama kalinya tentang keunikan dan kecantikan Orang Asal peribumi Sabah.

Sememangnya perempuan Borneo terkenal dengan keunikan dan kecantikan 'alami' yang di miliki, seperti ada pepatah yang mengatakan.."Tak Kenal maka Tak Cinta.." inilah bangsa Borneo yang kaya dengan khazanah leluhur warisan Bangsa di samping kecantikan pelbagai kaum yang mewakili bangsanya yang terkenal ke serata dunia.

'Bersama memartabatkan budaya serta tradisi Bangsa Borneo...'




Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon