Friday 30 March 2018

Tips Isi E-Filing LHDN Untuk Newbie Dan Elak Penalti Dibawah S.113(2).




1. Pekerja bergaji RM3,000.00 dan sudah berkerja setahun dan keatas yang belum mendaftar E-Filing, bolehlah hadir ke Pejabat LHDN untuk mendaftar dan dapatkan No. Cukai Pendapatan, dan password E-Filing.

2. Untuk yang pertama kali buat E-Filing, bolehlah membuat demikian di Pejabat LHDN sendiri untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kerana di Pejabat LHDN akan ada pegawai yang membantu untuk proses pengisian E-Filing.

3. Semasa hadir untuk mengisi E-Filing, bolehlah membawa salinan Asal dan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  • EA Form tahun sebelum dari majikan,(pastikan tertulis jumlah KWSP, PERKESO dan Zakat atau lain-lain bayaran yang dibuat melalui potongan gaji).
  • Resit perubatan berkaitan Ayah, ibu, diri sendiri, isteri, dan anak-anak.
  • Resit pembelian buku, surat khabar dan alatan sukan.
  • Bil pembayaran langganan internet atas nama sendiri (yang ni kira harga internet sahaja, tidak termasuk GST dan bil telefon, boleh tengok dlm bil).
  • Penyata pembayaran premium insurans bagi tahun sebelum (boleh minta dari agent insurans).
  • Penyata pembayaran zakat pendapatan (sekiranya bayar sendiri).
  • Penyata pembayaran yuran pembelajaran diri sendiri.
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang boleh menjadi Tolakan Cukai.
4. Setelah selesai mengisi E-Filing dengan bantuan Pegawai LHDN, boleh terus mengambil nombor untuk berjumpa pegawai untuk AUDIT E-filing yang dibuat sebentar tadi.

5. Kenapa perlu terus AUDIT selepas E-filing?
  • Secara praktikalnya pihak LhDN akan memberikan suatu notis untuk mengemukakan dokumen (Audit) kepada kita berkenaan tentang apa yang kita filing kan. Walaupun BAKI CUKAI TAKSIRAN BAGI TAHUN TERSEBUT ADALAH RM0.00. Dan kebiasaannya terjadi masalah apabila perkerja TIDAK MENERIMA NOTIS TERSEBUT dan terus dikenakan PENALTI DI BAWAH S.113(2) kerana gagal mengemukakan dokumen. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang penalti dikenakan, wajarlah untuk terus MEMBUAT AUDIT DENGAN PEGAWAI LHDN SEJURUS MEMBUAT E-FILING, yang mana pegawai tersebut akan memeriksa semua dan segala dokumen yang kita bawa tadi dan diserahkan salinan semua dokumen tersebut kepada pegawai tersebut.
  • Dan pegawai tersebut akan mengesahkan bahawa penerimaan salinan dokumen untuk pengesahan audit cukai taksiran tahun tersebut.
Maka selesailah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat cukai yang perlu dibayar, maka buatlah pembayaran sama ada sekaligus atau berkala melalui potongan gaji.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai LHDN di kawasan masing-masing sama ada ke pejabat LHDN atau melalui panggilan telefon.

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.

Kredit

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon