Friday 6 April 2018

DUN Sabah Bubar Esok 07 April 2018.

Tags



Musa ketika sidang media di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya. - Gambar oleh JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berkuatkuasa esok.

Pengumuman pembubaran berkenaan dibuat di kediaman rasminya di Sri Gaya sebentar tadi selepas menerima perkenan daripada Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah jam 2.30 petang tadi.

"Untuk itu, saya bersama-sama Jemaah Menteri Negeri Sabah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tinggi kepada Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat."

"Atas segala usaha yang kita lakukan selama ini, dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu, kita turun padang dan menyantuni serta membantu rakyat di seluruh negeri, kita melaksanakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan untuk kepentingan rakyat, sudah tentu menjadi harapan kita agar rakyat membuat pilihan secara bijak dan terbaik berdasarkan pencapaian, kejayaan dan track record yang membuktikan iltizam politik (political will) yang tinggi oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar rakyat terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional menerusi mandat yang besar dalam PRU akan datang demi menjamin kesinambungan pembangunan dan menjayakan halatuju Negeri Sabah.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon