Sunday 30 September 2018

Sekarang, Borneo Sudah Tahu. Wajib Satu Dunia Diberitahu Bahawa Malaya Sudah Tipu United Nations.




SOALAN: Pakcik, kalau kau mau pakai Malaysia Agreement 1963 dalam kes kau, silakan, tapi jangan pakai IGC Report 1962. Tidak ada pengiktirafan dalam Agreement, Parlimen Malaysia dan Executive. Satu lagi, jangan kau bilang Malaya menyamar sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia. Mana bukti kau?

JAWAPAN: Dua kali awak silap di sana. Silakan awak pergi golong sebatang rokok daun, panjang cerita kita ini hari, tapi banyak maklumat berguna untuk orang terpelajar seperti awak.

Pertama, berkenaan IGC atau Inter-Governmental Committee Report. Pakcik jawab yang ini dulu kerana jawapan ini ada kaitan dengan soalan kedua.

IGC Report 1962 adalah sah dan laku, seharusnya dibaca bersama dengan Malaysia Agreement 1963, dan ianya disebut secara terang-terang dalam Article VIII di dalam MA63.

Article VIII bilang bilamana terdapat kekurangan di dalam Perlembagaan Malaysia berkenaan perkara-perkara yang membabitkan SabahSarawak haruslah segera merujuk kepada IGC Report, khususnya Chapter 3 dan Annexes A and B of the IGC Report.

Malaysia Agreement bukan manifesto. Apa yang sudah ditulis sebelum Malaysia dan selepas Malaysia tidak boleh diubah. Alasan-alasan seperti hutang 1 trillion atau tak cukup data tidak boleh diterima. Persekutuan Malaysia adalah Perjanjian Antarabangsa. Perjanjian tetap Perjanjian. Kalau tidak diperincikan dalam MA63, boleh rujuk dalam IGC Report. MA63 dan IGC Report adalah suami isteri. Sudah jelas?

Kedua, persoalan epik zaman-berzaman. Ke manakah hilangnya Malaya?

Article VIII juga ada menyebut secara khusus harus ada tiga kerajaan membuat keputusan perundangan, executive atau lain-lain tindakan bersabit Persekutuan Malaysia. Seharusnya ini yang berlaku sejurus selepas "Malaysia Day".

Masalahnya ialah ini:

Di dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada sehingga ke hari ini tidak ada satu pun definisi "Malaysia Day". Bukan itu sahaja, nama "Federation of Malaya" juga langsung tidak ujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Malaysia Agreement ada tapi dalam Perlembagaan tidak ada.

Apabila tidak ujud istilah Malaysia Day dan Federation of Malaya di dalam Perlembagaan Persekutuan maka perkara di dalam Article VIII di dalam MA63 tidak dapat dilakukan. Stuck. Hanging. Tergantung.

Ada bayang-bayang Malaysia Day. Ada bayang-bayang Malaya. Tapi jasadnya di mana? Bayang-bayang itu pula yang pandai-pandai mengarahkan UMNO masuk Sabah, PPBM masuk Sarawak. Pandai pula hantar Petronas menyedut minyak di perairan Borneo. Nanti bila ditanya apa hak kau masuk sini, dia bilang kami "Persekutuan Malaysia" boleh bah kalau.

Adakah ini disengajakan?

Pakcik bilang YA, ini perbuatan sengaja.

Ke manakah hilangnya Malaya?

Mari kita kembali ke 20 Ogos 1963.

26 hari sebelum Malaysia. Persekutuan Malaysia dibentuk dari Annex A of Malaysia Bill of the Malaysia Agreement. Itu yang Pihak British diberitahukan. Sabah dan Sarawak juga diberitahu begitu. Dan mereka sanggup mengubah status berkerajaan sendiri mereka untuk menjayakan negara baru Malaysia.

Peliknya, Malaya tidak mengubah status mereka di dalam Article 160 Perlembagaan Persekutuan Malaya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah, sejurus selepas Annex A diluluskan istilah Government of the Federation of Malaya yang sudah terpakai semenjak 1957 terpadam hari itu juga. Dan istilah itu diganti dengan satu entiti baru "Malaysia".

Article 160 menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia sehingga ke hari ini dan sehingga kini Article 160 tidak pernah diubah sebagaimana ianya patut diubah pada 1963. Lantaran itu apabila Perlembagaan sekarang menyebut "The Federation" ianya bermaksud "Federation of Malaya 1957" dan bukannya "Federation of Malaysia 1963".

Dan apabila Perlembagaan sekarang menyebut tentang "Merdeka Day" ianya bermaksud 31 Ogos 1957, dan bukannya tarikh sebenar Malaysia dibentuk 16 September 1963.

20 Ogos 1963. 26 hari sebelum Malaysia. Di situ Malaya hilang. Dari situ bermula Malaysia Sesat Malaysia Murtad. Ada pihak tidak jujur. Bukan SabahSarawak yang buat angkara. Malaya yang berbuat durjana.

Berdasarkan fakta-fakta di atas kita boleh merumuskan Parlimen Malaya pada 20 Ogos 1963 dengan sengaja tidak mengubah definisi "The Federation" dalam Article 160. Depan British di London 9 Julai Malaya cakap ya akan ubah. Tapi 20 Ogos di Malaya tidak ubah. Mereka tidak menyangka suatu hari kelak rakyat Sabah Sarawak akan tahu juga.

Sekarang, Borneo sudah tahu. British juga mesti diberitahu. Wajib satu dunia diberitahu yang Malaya sudah tipu United Nations. Siapa bilang? Haji Julaihi Haji Suut yang bilang. #Silakan

BACA INI JUGA:
(Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut)

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon