Saturday 19 January 2019

Gangguan Rumahtangga Orang Ketiga Menurut Undang-undang Adat Di Sabah.




Sering kali terjadi krisis rumahtangga akibat orang ketiga sehingga membawa kepada perceraian suami dan isteri. Ada kejadian di mana ibu atau ayah mertua menghasut anak perempuan supaya bercerai dengan suaminya tanpa sebab munasabah.

Dalam undang-undang adat yang dikanunkan di Sabah, terdapat satu peruntukan berhubung gangguan terhadap rumahtangga orang. Ia melibatkan perbuatan seorang lelaki memikat isteri orang. Dalam Aturan 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri) 1995, kesalahan tersebut disebutkan seperti berikut:

"Sesiapa juapun yang memikat atau membawa pergi isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri dan boleh dikenakan:
  • membayar pihak yang terkilan sogit tidak melebihi 3 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat; atau 
  • jika engkar - denda tidak melebihi RM3,000; atau
  • penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan; atau
  • denda dan penjara kedua-duanya.
Berdasarkan kepada peruntukan di atas, jelas bahawa perbuatan mengganggu rumahtangga orang ada remedi tersendiri menurut undang-undang adat anak negeri di Sabah. Jika berlaku perlanggaran adat, prosiding perbicaraan bagi kes berkenaan dikendalikan di Mahkamah Anak Negeri yang terdapat hampir di setiap daerah di seluruh Negeri Sabah.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon