Saturday 2 February 2019

7 Kedudukan Pintu Rumah Yang Pantang Di Tiru Dimana Akan Memberi Kesan Buruk Pada Rezeki Dan Kehidupan Seharian Kita!




Dalam masyarakat ada istilah pantang, yang bermaksud itu dilarang untuk dilakukan, dalam perkara ini kedudukan pintu rumah, ada perkara yang perlu diperhatikan, kedudukan yang betul dan juga rumah yang berkat agar malaikat mahu memasuk ke dalam rumah.

Dalam ilmu topografi Tiongkok atau yang lebih dikenal dengan istilah feng shui, kedudukan pintu utama pada sesebuah rumah merupakan perkara yang penting.

Pintu menjadi laluan keluar masuknya energy yang mana akan mempengaruhi harmonisasi dan rezeki para penghuni rumah tersebut. Berikut adalah 7 perkara mengenai kedudukan pintu utama menurut feng shui yang perlu anda ketahui kerana perkara ini sangat berguna untuk diketahui.

1. Pintu utama menghadap pintu belakang atau jendela yang besar


Pintu depan dan pintu belakang yang berada dalam satu garis lurus, ibarat tenaga yang masuk akan mengalir sangat cepat melalui pintu belakang tanpa diserap oleh ruangan di dalan rumah anda. Rezeki juga akan mengalir keluar dengan cepat. Sangat penting untuk menghindari rumah yang memiliki pintu utama dengan pintu belakang dalam satu garis lurus.

Penyelesaian: Tutuplah jendela atau pintu belakang ketika pintu utama dibuka, atau untuk kes pintu depan yang segaris lurus dengan pintu belakang, anda boleh meletakkan kabinet atau rak yang bertindak sebagai pembahagi atau penghalang ruang agar pintu bahagian belakang seolah-olah tidak langsung nampak dari depan ketika masuk.

2. Pintu utama melihat objek


Buka pintu melihat dapur: Unsur api dan unsur emas tidak sepadan dan akan menyebabkan rezeki tidak mahu masuk.

Buka pintu melihat tandas: Buka pintu terus nampak tempat pembuangan akan mudah kehilangan orang yang rapat bagi kita

Buka pintu melihat kaca: Ada bayangan pintu di kaca mudah mengundang orang licik atau masalah di luar rumah.

Penyelesaian: Ubah kedudukan pintu utama, tempatkan pemisah yang kukuh (tirai kurang kukuh) untuk memisahkan tandas dan dapur daripada pintu depan, alihkan kaca.

3. Kepala katil membelakangi tandas


Kepala katil yang membelakangi tandas, koridor atau dapur akan membuat orang yang tidur sering bermimpi buruk atau tidak tenang.

Penyelesaian: Ubah posisi katil. Jika ada tiang di atas, tutup dengan siling atau ubah posisi katil supaya tidak di bawahnya.

4. Tandas, dapur atau koridor di tengah-tengah rumah


Tandas yang terletak di ruang tengah rumah dianggap buruk bagi keharmonian keluarga dan akan menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga. Dapur yang berada di ruang tengah rumah menyebabkan akibat buruk untuk kesihatan dan rezeki.

Koridor di tengah rumah membuatkan penghuninya sentiasa sibuk dan tidak dapat beristirehat.

Penyelesaian: Jika kedudukan tandas, dapur atau koridor tidak boleh diubah, nyalakan lampu yang terang atau letakkan tanaman hijau di tengah-tengah untuk menyeimbangkan semula.

5. Pintu menghadap pintu


Pintu bilik yang selari garis lurus dengan pintu lain mudah mengundang pertengkaran dan permasalahan dalam keluarga. Pintu bilik yang menghadap pintu tandas atau dapur mudah membuat orang yang tidur di bilik tersebut sakit, manakala pintu bilik menghadap pintu utama mudah mengundang perselisihan dengan orang atasan.

Penyelesaian: Pasang tirai di pintu atau ubah pintu menjadi serupa dengan dinding (invisible door).

6. Dalam satu ruangan ada 2 pintu yang selari


Jika di dalam satu ruangan ada 2 pintu yang selari pada dinding yang sama, ini dapat mengganggu kesihatan lelaki yang tinggal di rumah itu dan sukar untuk mendapat rezeki. Jika tidur di bilik tidur yang ada 2 pintu selari, maka penghuninya akan mudah berhadapan dengan masalah dalam hubungannya, sukar mendapat jodoh dan sering tidak tenang.

Penyelesaian: Kunci salah satu pintu rapat-rapat, tutup dengan almari berukuran besar supaya tidak kelihatan dan tidak dapat masuk melaluinya.

7. Tiang di atas pintu utama


Tiang di atas pintu utama mudah membuatkan penghuninya mengalami perkara yang tidak diinginkan. Jika ada tiang di dalam bilik tidur utama juga mudah menyebabkan pertengkaran antara suami isteri.

Penyelesaian: Tutup dengan siling atau pasang lampu yang banyak supaya tiang tidak begitu jelas.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon