Tuesday 2 April 2019

10 Sebab Aku Menyesal Belajar Sains Komputer.




Kisah orang IT (sekadar baca sahaja)

10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Bill Gates, Linus Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick. 

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90an dan awal 2000an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai programmer kalau tak nak ikut cadangan dan proposal yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

"Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak."
"Mana gambar Dato' / Datin / Menteri / KSU / Dr?"

"Boleh tak pakai gambar ni? Dan besarkan?" (bagi gambar kecil dalam words.)

"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"

"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."
Maka terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati, seumpama iklan ubat besarkan saiz 'anu' di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau sistem "Gomen" yang lebih mementingkan membodek orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire pekerja IT dengan gaji yang kecil, alasannya tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, Oracle, Red Hat dan lain2. Habis tu apa point belajar degree sampai 4, 5 tahun?

3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Project Manager (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tulisan, tukar field, tukar database, tambah module, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea2 mengarut akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh buat sebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek.

Maka, berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance developer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat webpage pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja bidang IT kerja mudah.

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip2 program, angkat printer, pasang PC, cucuk2 kabel network dan sebagainya. Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi? Atau install web server dan database? Atau configure sebuah switch network? Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, "taip2 keyboard je." "Ala, kerja korang cucuk2 kabel je, senang la." "Kalau setakat nak pasang2 PC tu, aku pun boleh." Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software2 tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain2. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun, cukup dengan ambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari, dah boleh jadi seorang software expert dengan gaji berkali2 ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa. Ex student science comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakan buku dan tutorial seperti "Learn ____ in 3 days", "____ for Dummies" yang dijual di pasaran, malah boleh download je eBook kat Internet. Dan yang lagi best, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi2 tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah kepala otak.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.

9. Aku benci dengan mentaliti "Tak nampak ciri Malaysia pun sistem ni?"

Kenapa semua benda nak "nampak Malaysia?"

Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Suka tak suka kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi macam zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ni. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Teknologi IT terlalu laju berkembang.

Ini adalah masalah terbesar orang2 IT. Teknologi IT itu terlalu sangat cepat dan laju berkembang sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi2 IT yang terkini.

Kalau kau ambil medic, struktur tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang.

Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau belajar nak buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas, benda yang kau belajar itu masih boleh diapply 15 tahun selepas itu.

Kau belajar arkitek, macam mana kau belajar nak design rumah 10 tahun lepas, macam tu jugalah yang kau praktikkan sekarang.

Tapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL, 5 tahun lepas tu orang dah tak pakai dah PASCAL. Baru ko nak kenal Windows 98, 2 tahun kemudian keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic 6, 5 tahun lepas tu orang dah pakai .Net. Baru kau berjinak2 dengan PHP, sekarang dah keluar macam2 PHP framework. Kalau masa belajar dulu network semua pakai kabel, beberapa tahun lepas tu dah keluar teknologi wireless. Kalau dulu kau chatting pakai mIRC dan ICQ, sekarang orang pakai Whatsapp dan Hangout. Last2 apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lepas kat universiti kebanyakannya dah tak boleh pakai.

Last2 generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi2 baru ni hanya layak jadi mandur sahaja mengarah2 budak2 muda buat kerja. Situasi ni kau boleh jumpa terutama di kalangan pegawai2 teknologi maklumat yang kerja kat gomen. Kebanyakan pegawai2 IT yang dah tua dan yang pangkatnya semakin tinggi ni (tak semua tapi kebanyakannya) langsung tak boleh dijadikan tempat rujukan kalau ada masalah bab2 teknikal, sebab teknologi IT terlalu cepat berkembang, mereka pula tidak pernah nak explore teknologi2 baru, so at the end kalau ada masalah diorang tak boleh nak jawab atau tolong solve pun masalah yang berkaitan hal2 teknikal, pegawai2 IT muda atau programmer ni la yang kena cari solution sendiri kat internet.

Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam dan lain2, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau semakin tinggi dan bernilai.

Yang IT ni, semakin kau tua, pengetahuan dan kepakaran kau 10 tahun lepas dah tak bernilai sangat pun pada hari ini.

Sumber FB Eswara Raj

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon