Friday 18 October 2019

(VIDEO) Jambatan Temburong Di Brunei Menghubungkan Sabah, Sarawak Ini Bakal Menjadi Yang Terpanjang Di Asia Tenggara.

Tags




Jambatan Temburong dijangkakan bakal menjadi jambatan terpanjang di rantau Asia. Jambatan sepanjang 30 kilometer itu menyambungkan Mengkubau dan Sungai Besar di daerah Brunei-Muara ke Estet Labu di daerah Temburong.

Jambatan ini yang turut menghubungkan bahagian Sarawak, Miri, Lawas, Sabah memakan kos $1.6 bilion (Brunei) dan akan diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia tenggara dan ke enam di dunia.


Bukan itu sahaja, dengan ada jambatan ini, perjalanan ke Kota Kinabalu akan menjadi lebih pendek. Sekarang ini, kedua-dua daerah itu dipisahkan oleh daerah Limbang, Sarawak dan juga Teluk Brunei.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, jambatan itu bakal meningkatkan aktiviti di Limbang, Sarawak.

Pembinaan jambatan tersebut yang bermula pada tahun 2014 itu dijangka siap pada bulan November 2019 ini.









Sumber: MsZikr, Twitter & Bintulu.Org

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon