Sunday 22 December 2019

Usung Kakak Yang Terlantar Sakit Ke KWSP Untuk Keluar Wang Rawat Kanser.



Usung kakak terlantar sakit ke KWSP untuk keluar wang rawat kanser.

Seorang pengguna media sosial Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Nur Shahila Abdullah berkongsi borang maklumbalas KWSP di facebook miliknya.

Ini cerita penuh Nur Sheila yang dikongsi di Facebook beliau:

Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda.

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1. Tak banyak pun. Tak sampai RM10,000.

Jadi kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulance dan mengunakan stretcher pun boleh, janji datang.

Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP JB tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada di situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.

Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu di depan bangunan.

Berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pula kami "lama tak"? Macam-manalah kami nak jawab. Soalan ni agak "tough".


Akhir sekali adalah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Kenapalah tak beritahu kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kesah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Soalan saya kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”

Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah tolonglah "review" balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda.

Mangsa dibawa menaiki kereta ambulans - Foto facebook Nur Sheila.

Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir. Think out of box and please do something on this.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

#sampaiskrngpihakkwspxderespondsaya

#semogatiadalagiygmengalaminasibygsama

- Suara Merdeka

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon