Thursday 23 March 2017

(AL-FATIHAH) Suami Nora Ariffin, Komposer Johan Nawawi Meninggal Dunia.

Tags



Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. 


Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir. 

Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti. Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis. 


Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat. 

Sepanjang kariernya, Johan aktif mencipta lagu termasuk lagu buat isterinya seperti Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.


Kami di SensasiMedia mengucapkan takziah buat Nora dan keluarga atas pemergian insan tercinta. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon