Monday 13 March 2017

(6 Gambar) Bangunlah Sayang...Henti Sebar Khabar Angin, Herri Gitaris Bittersweet Belum Meninggal Lagi!!!

Tags



Gitaris utama kumpulan rock indie, Bittersweet, Hazairi Abdul Hamid, 35, dilaporkan dalam keadaan stabil setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 51, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.


Menurut adiknya, Hazimi, 30, keluarganya kesal dan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak menyebarkan berita palsu kononnya Hazairi atau lebih dikenali sebagai Herri sudah meninggal dunia.






“Saya minta semua pihak agar menghormati keluarga kami dan berhenti daripada menyebarkan berita palsu itu. Doktor memberitahu keadaannya stabil dengan dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan terpaksa ditidurkan bagi membolehkannya berehat.

“Setakat ini saya difahamkan, kedua-dua kaki dan tangan kanannya patah. Selain itu, Herri turut mengalami kecederaan dalaman melibatkan paru-parunya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, Hazairi yang mempunyai seorang anak lelaki terlibat dalam kemalangan tersebut ketika berkonvoi bersama beberapa rakannya dari Ipoh, Perak menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis untuk ke Langkawi.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon