Thursday 9 March 2017

Bayi Berubah Menjadi Batu Dalam Rahim.

Tags



Seorang wanita berusia 60 tahun di desa Muara Berlian Jambi melahirkan bayi yang sudah menjadi batu.


Pihak Hospital Raden Mataher mendakwa bayi itu sudah berusia 37 tahun dan wanita itu tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya mengandung selama ini.

Menurut keterangan wanita yang enggan namanya didedahkan itu, dia kerap mengalami sakit kejang di bahagian perut dan susah untuk membuang air besar.

Sebab tidak tahan lagi menahan sakit, dia dibawa oleh anaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada awalnya wanita berkenaan di sangka menderita tumor dibahagian perut, namun selepas membuat pembedahan, pihak doktor menemui beberapa kejanggalan yang aneh.

Pembedahan berlanjutan selama 2.5 jam dan benda menyerupai ketulan berjaya dikeluarkan dengan berat 1.5kg.

Pihak hospital kemudian cuba membelah benda yang menyerupai batu tersebut dengan gergaji. Mereka menemui rambut dan terus menghentikannya dan doktor melakukan X-Tray.

Hasilnya, mereka menemukan tulang kerangka manusia lengkap, rambut, bahagian punggung bayi dan lekukan menyerupai lengan.

Hal itupun di siasat lebih lanjut, dihadapan media pihak hospital memberikan keterangan kes seperti ini pertama kali berlaku di Indonesia dan 300 kali berlaku di dunia.

Kes seperti ini berlaku kerana sperma gagal masuk semula kedalam rahim selepas pembuahan,sperma tersebut bersembunyi di belakang rahim dan berkembang.

Akibat kekurangan gizi,bayi itu kemudian mengecil dan mengeras seperti batu.ini fenomena tidak lazim katanya.

Bagaimanapun Dr Parianto, meminta izin kepada ibu bayi untuk menyimpan bayi tersebut sebagai tujuan pendidikan.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon