Wednesday 15 March 2017

Janda Cantik Dicari...Kes Bakar Rumah Bekas Suami Dan Rumah Ibu Mentua.

Tags



Seorang janda muda jelita dicari polis bagi membantu menyelesaikan siasatan kes kebakaran melibatkan dua buah rumah milik bekas suami serta ibu mertuanya baru-baru ini.


Janda comel dari Wakaf Bharu, Tumpat yang bekerja sendiri itu, Nur Athirah Zulkifly, 28, diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu menyelesaikan kes yang disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian pertama berlaku pada pukul 5.25 pagi Sabtu lalu apabila rumah sewa bekas suaminya di Jalan Belakang Asrama Zainab di sini terbakar.

Katanya, dalam kejadian itu, ahli perniagaan tersebut mendakwa telah kerugian RM35,000 apabila pelbagai kelengkapan dan peralatan rumahnya musnah.

“Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol. Suspek kemudian melarikan diri.

“Keesokan harinya kira-kira pukul 4.20 pagi, sebuah kereta Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas ibu mertuanya di Kampung Chicha di sini dibakar individu tidak dikenali sebelum merebak dan memusnahkan sebahagian rumah mangsa. 

Kerugian dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon