Friday 17 March 2017

Antara Meteor Garden Versi Jepun, Taiwan dan Korea, Mana Pilihan Hati Anda?



Serial asal Taiwan, Meteor Garden, sangat popular di tahun 2001 dengan kehadiran empat pelakon lelaki tampan, Tao Ming Tse, Hua Zhe Lei, Xi Men dan Mai Zuo yang tergabung sebagai F4.

Meteor Garden vs Boys Over Flower

F4 ini merupakan kumpulan bujang popular di sebuah universiti yang dipenuhi dengan orang-orang kaya. Tidak ada seorang pun yang berani melawan mereka, kecuali seorang gadis miskin bernama San Chai.

Para pelakon siri Meteor Garden telah berkahwin dan bahagia kecuali Jerry Yan. (Foto: Pinterest)

Sebenarnya, filem Meteor Garden ini sendiri disuaikan dari komik asal Jepun, Hana Yori Dango (1992). Jepun sendiri baru mengangkat cerita komik ini ke dalam drama pada 2005.

Beberapa tahun kemudian, iaitu di tahun 2009, Korea Selatan ikut mengadaptasikan cerita Hana Yori Dango ke dalam drama Boys Over Flower. Drama ini memaparkan sejumlah idola popular Korea seperti Lee Min Ho, Kim Hyun Joong, Kim Bum dan Goo Hye Sun.

Meteor Garden vs Hana Yori Dango vs Boys Over Flower

Di antara tiga versi drama ini, hanya Meteor Garden yang mengambil setting cerita di universiti. Sementara di Hana Yori Dango dan Boys Over Flower, semua watak masih duduk di bangku SMK.

Selebihnya, ketiga drama ini mempunyai jalan cerita yang sama. Berikut perbezaan nama dan pelakon di Meteor Garden, Hana Yori Dango dan Boys Over Flower. 

1. Tao Ming Tse / Domyoji Tsukasa / Gu Jun Pyo


Si pelakon utama sekaligus ketua geng F4, diceritakan merupakan Lelaki paling ditakuti seluruh sekolah/universiti. Dia berasal dari keluarga kaya yang kemudian jatuh cinta pada seorang gadis miskin.

Kalau di Metero Garden dia dikenali sebagai Tao Ming Tse yang dilakonkan Jerry Yan. Di drama Hana Yori Dango, tokoh ini bernama Domyoji Tsukasa yang dilakonkan oleh Jun Matsumoto, salah satu anggota Arashi. Sementara di Boys Over Flower, watak ini dinamakan Gu Jun Pyo yang dilakonkan Lee Min Ho.

2. Hua Zhe Lei / Hanazawa Rui / Yoon Ji Hoo


Di Meteor Garden, ahli F4 kedua yang jadi rebutan semua gadis adalah Hua Zhe Lei (dilakonkan Vic Zhou). Dia merupakan seorang lelaki pendiam dan diam-diam juga menaruh hati pada San Chai.

Dia juga yang kerap melindungi San Chai dari bully-an Tao Ming Tse. Kalau di drama Hana Yori Dango watak ini bernama Hanazawa Rui (dilakonkan Shun Oguri). Sementara di Boys Over Flower, bernama Yoon Ji Hoo (dilakonkan Kim Hyun Joong SS501).

3. Xi Men / Nishikado Sojiro / So Yi Jung


Ahli F4 ketiga iaitu Xi Men. Seorang playboy yang mempunyai masa lalu yang menyedihkan. Di Meteor Garden, Xi Men dilakonkan oleh Ken Zhu.

Sementara versi Jepunnya diberi nama Nishikada Sojiro (dilakonkan Shota Matsuda). Kalau di Boys Over Flower, bernama So Yi Jung (dilakonkan Kim Bum) yang kemudian memadu kasih dengan Ga Eul (dilakonkan Kim So Eun).

Menariknya, pasangan So Yi Jung dan Ga Eul ini lebih popular berbanding Gu Jun Pyo dan Geum Jandi. Malah banyak peminat yang berharap Kim Bum dan Kim So Eun menjalin cinta di kehidupan nyata.

4. Mei Chuo / Mimasaka Akira / Song Woo Bin


Meski peranannya boleh dikatakan amat kecil, namun watak Mei Chuo yang dilakonkan oleh Vanness Wu dalam siri Meteor Garden tidak dapat dipisahkan.

Di drama Hana Yori Dango, watak ini bernama Mimasa Akira yang dilakonkan oleh Tsuyoshi Abe. Sementara di Boys Over Flower tokoh ini bernama Song Woo Bin yang dilakonkan Kim Joon, rapper kumpulan T-MAX.

5. San Chai / Makino Tsukushi / Geum Jan Di


Satu lagi watak yang tak boleh ketinggalan iaitu si pelakon utama wanita, San Chai. Di Meteor Garden, San Chai dilakonkan oleh Barbie Hsu.

Di Hana Yori Dango, watak wanita ini bernama Makino Tsukushi yang dilakonkan Mao Inoue. Sementara di Boys Over Flower tokoh ini dilakonkan oleh Goo Hye Sun sebagai Geum Jan Di.

Dalam cerita, San Chai / Makino Tsukushi / Geum Jan Di ini merupakan seorang gadis miskin yang berkesempatan menempuh pendidikan di sekolah berprestij. Dia lah satu-satunya orang yang berani melawan si ketua geng F4. Sehingga keduanya saling jatuh cinta.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon