Saturday 18 March 2017

Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang.

Tags



Pegawai kerajaan Indonesia yang menerima hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz atau anggota rombongannya diarah mengisytiharkannya dalam tempoh 30 hari bagi mengelak dikenakan tuduhan jenayah.


Pemeriksaan awal mendapati, hadiah mencecah Rp5 bilion (RM1.6 juta) diagihkan kepada pegawai kerajaan Indonesia sepanjang lawatan kerabat diraja itu.

Arahan itu dikeluarkan Suruhanjaya Penghapusan Rasuah Indonesia (KPK) seiring undang-undang negara itu bahawa penjawat awam wajib mengisytiharkan sebarang hadiah yang mereka terima, tidak kira daripada siapa, kepada KPK.

Pengarah KPK, Giri Suprapdiono berkata, hadiah daripada tetamu kerajaan adalah perkara biasa yang membantu mengekalkan hubungan antara dua negara.

Bagaimanapun, katanya, Indonesia, seperti kerajaan negara lain, menetapkan pegawainya mengisytiharkan atau melaporkan sebarang hadiah yang diterima selaras dengan tugas mereka sebagai pegawai awam.

“Jika yang menerima hadiah itu tidak mengisytihar atau melaporkannya dalam masa 30 hari, hadiah itu dianggap rasuah,” katanya di sini, Khamis.

Peraturan menerima hadiah daripada pemimpin negara ditetapkan dalam Undang-Undang Penghapusan Rasuah 2001.

Menurut undang-undang itu, pegawai kerajaan yang gagal mematuhi peraturan itu berdepan hukuman penjara empat hingga 20 tahun dan denda sehingga Rp1 bilion (RM333,000).

Setakat ini, lima pegawai kerajaan terdiri daripada tiga menteri, seorang gabenor wilayah dan Ketua Polis Indonesia, Jenera Tito Karnavian mengistiharkan hadiah yang mereka terima daripada Raja Salman ketika dia melawat negara itu awal bulan ini.

Setiausaha Kabinet, Pramono Anung menafikan khabar angin kononnya Presiden Joko Widodo menerima hadiah daripada Raja Saudi itu.

Pertukaran hadiah antara pemimpin negara dihapuskan atas arahan presiden itu. - mStar | Agensi | MRM | SMedia

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon