Tuesday 21 March 2017

'Terima Kasih Kepada Sesiapa Yang Letakkan Nota Itu, Kerana Anda Telah Menyelamatkan 3 Nyawa...'

Tags



Bagi penggemar kucing, perkara yang paling dirisaukan jika terdapat anak kucing sedang bersembunyi di ruangan bawah kereta. 


Seorang pengguna laman Facebook, Nur Izzah Zabidi telah berkongsi satu kisah dimana seseorang telah meninggalkan satu nota pada kereta ibunya.

"Tuan/Puan Ada bunyi anak kucing dari bawah kereta anda. Saya sangat menghargai kalau anda boleh periksa dulu sebelum memulakan enjin kereta anda."

Mengikut beberapa keping gambar tersebut dipercayai ibu Nur Izzah telah memanggil bomba dan cuba menyelamat anak kucing tersebut. 

Setelah usaha dari pihak bomba untuk mencari dan menyelamat anak kucing itu berjaya menemui 3 ekor anak kucing yang masih kecil. 

Nur Izzah juga sangat berterima kasih kepada pihak bomba kerana berusaha gigih menyelamatkan 3 ekor anak kucing tersebut. Dia juga mengucapkan terima kasih kerana meninggalkan nota ringkas tersebut yang menyelamatkan nyawa anak kucing berkenaan.



Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon