Saturday 25 March 2017

Wahai Manusia, Hutang Tetap Hutang. Dah Pinjam, Sila Bayar...Jangan Biarkan Diri Anda Tergantung.

Tags



Seramai 663,000 peminjam tidak pernah membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun sesen.


Memetik laporan Free Malaysia Today, sikap peminjam yang tidak mengambil serius menjelaskan hutang meneybabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang tinggi.

Ia sekaligus menyukarkan pemohon baru untuk membuat pinjaman melanjutkan pelajaran.

“Kita mengeluarkan wang sebanyak RM48.7 bilion sehingga 31 Januari 2017 sejak PTPTN ditubuhkan pada 1997.

“Daripada jumlah itu kita sepatutnya kutip RM18.8 bilion tetapi kita hanya dapat kutip RM10.8 bilion saja, maknanya masih banyak tunggakan.

“Berdasarkan rekod, terdapat 663,000 pelajar yang langsung tidak bayar kepada kita dengan jumlah wang terkumpul RM4.7 bilion,” kata Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

Pihak PTPTN juga terpaksa menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat bayaran supaya aliran wang dapat berjalan dengan betul.

Pihak mereka juga meminta peminjam untuk datang berunding untuk menyelesaikan masalah dan bayaran tertunggak.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon