Thursday 27 April 2017

Kes Hong Leong Keluarkan Duit Palsu, Ini Kenyataan Balas Daripada Hong Leong Bank.

Tags



Di negara kita, kes berkaitan sindiket "Black Money" atau wang kertas palsu telah banyak dilaporkan dan dilihat semakin meningkat setiap tahun.


Sindiket-sindiket penipuan matawang palsu yang didalangi oleh warga Afrika ini sangat licik menipu. Kebiasaannya mereka menggunakan internet sebagai platform untuk memerangkap mangsa.

Menurut statistik, CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lalu, berbanding 3,257 kes pada 2015.

Terbaru, sebuah video dan beberapa keping gambar melibatkan wang palsu mula tular di media sosial. Apa yang lebih mengejutkan, dalam paparan video itu menunjukkan dua orang pelanggan sedang memarahi kakitangan Hong Leong Bank berhubung wang palsu.

Pelanggan tersebut mendakwa telah menerima beberapa keping wang palsu selepas membuat pengeluaran wang sebanyak RM40 ribu di bank berkenaan.

Perkongsian video itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen. Bagaimanapun, beberapa orang netizen turut mencadangkan agar laporan polis dibuat terlebih dahulu supaya kertas siasatan dapat dibuka berhubung dakwaan ini.

Menjawab dakwaan, bank berkenaan telah mengeluarkan kenyataan balas di Facebook rasmi.


Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon