Thursday 27 April 2017

Tak Sangka! Rupanya Ini Punca Sebenar Watson Nyambek Diisytihar Muflis.



Nama Watson Nyambek kembali menjadi bualan hangat netizen sejak beberapa hari lepas, apabila beliau tercalit dengan isukontroversi ‘Pengacara rancangan TV3 menghina nama bapanya’. Anak kelahiran Sarawak berusia 41 tahun ini merupakan bekas pelari pecut negara yang memegang rekod pecut 100 meter negara selama 18 tahun. 


Setahun lalu, beliau telah diisytiharkan MUFLIS (bankrap) oleh Jabatan Insolvensi Malaysia selepas gagal membuat pembayaran balik pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad berjumlah RM80,000.

Namun, tahukah anda mengapa beliau membuat pinjaman itu?

Beberapa tahun sebelum muflis, dia membuat pinjaman bank untuk menampung kos rawatan bapanya yang ketika itu sedang menderita kanser telinga. Malangnya, bapanya telah tewas, dan Watson pula terbeban dengan pinjaman bank tersebut.

“Barah telinga itu kemudian merebak ke mata. Dia meninggal dunia dua tahun lalu,” kata Watson.

Pinjaman tersebut tidak dapat dilunaskan kerana beliau bergaji kecil dengan bekerja sebagai jurulatih atlet dengan majlis sukan negeri di Miri. Tambahan lagi pinjaman itu pula meningkat menjangkau lebih RM100,000 selepas kenaikkan kadar faedah.

“Saya juga perlu membayar bil-bil lain,” katanya yang turut membawa perkara itu untuk perhatian seorang menteri kanan Sarawak dua tahun lalu.

Berat musibah yang Watson ni pikul untuk bapa tercinta. Kerana itu dia amat marah dan kecewa bila nama mendiang bapanya dipermainkan di stesyen TV.

Bagaimanapun, kini watson tidak lagi muflis, selepas kerajaan negeri Sarawak menyelesaikan tunggakan pinjaman bank berjumlah RM80,000, yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya.

Watson juga diberikan ganjaran sebuah rumah bernilai RM350,000 di Miri daripada Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) dan Naim Holdings.

Pencipta rekod 100 meter dengan catatan masa 10.3 saat selama 18 tahun (1998) lalu itu kini aktif melatih atlet muda dikalangan pelajar termasuk melalui Flying Dayak Club yang diasaskannya.

BACA INI JUGA:
Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon