Thursday 18 May 2017

Nama Gadis Ini Mungkin Yang Paling Pendek Di Dunia.

Tags



Kejadian pelik dan sedikit aneh telah berlaku disebuah tempat di Jakarta dimana seorang pelajar perempuan mempunyai nama yang paling pendek di dunia.

Mungkin ia terlalu misteri untuk kita ulas bagaimana situasi ini boleh berlaku dalam suasana ketika ini kerana masyarakat lebih suka memilih nama anak dengan nama yang agak panjang. Mungkin bapanya ada alasan yang tersendiri mengapa dia memilih nama tersebut.

Mari kita tengok apa alasan bapanya kenapa dia memilih nama pendek tersebut.

D menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya.

Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek.

Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek dengan namanya hanya D.

D yang berusia 17 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri.

Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat.

Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat, katanya.

Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa.

D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu.

Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D, katanya.

Kita harapkan agar para ibu bapa diluar sana tidak melakukan perkara yang seumpama ini, pilihlah nama yang cantik dan mempunyai makna baik kepada anak-anak, kerana ia adalah merupakan satu doa apabila ia dipanggil malahan nama tersebut jugalah akan dipanggil di Akhirat kelak. Semoga Allah merahmati kita semua. 

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon