Thursday 15 June 2017

Pelancong Ini Menerima Kejutan MENAKUTKAN Apabila Ada 'SESUATU' Sedang Berpesta Dalam Rumahnya!!!

Tags



Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan yang menyediakan penginapan pada kadar rendah dan boleh dilakukan secara online. Dengan adanya Airbnb, anda boleh melancong ke seluruh dunia dan menginap di mana-mana pusat penginapan yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding hotel.


Selain itu, ia juga membolehkan para pelancong untuk tinggal berdekatan lokasi tarikan utama bagi membolehkan anda merasai sendiri pengalaman menyelusuri budaya di kawasan-kawasan yang anda lawati.

Baru-baru ini, seorang pelancong telah menggunakan perkhidmatan Airbnb untuk menginap di satu kawasan di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, dia telah dikejutkan dengan kehadiran tujuh ekor babun yang sedang membuat onar di biliknya.

Sekumpulan babun tersebut telah menghuru-harakan suasana di dalam bilik tersebut dan membuat sepah. Salah seekor daripadanya turut memecahkan cawan ketika sedang mengadakan ‘parti liar’ tersebut.

Penyewa yang terkejut dengan apa yang baru dilihatnya dengan segera menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan untuk menghalau tujuh ekor pembuat masalah tersebut.

Seperti yang boleh dijangkakan, inilah antara cabaran yang perlu dihadapi jika kita menginap di kawasan semulajadi yang dipenuhi dengan haiwan-haiwan liar.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon