Wednesday 14 June 2017

TULAR...Karipap Inti Sebiji Bawang Merah Kini Ganti Karipap Angin.

Tags



Sekiranya pada awal bulan Ramadan yang lalu, karipap angin telah menjadi menu di bazar Ramadan yang paling teruk dikecam pengunjung, namun kini menu tersebut telah pun dinaiktaraf. 


Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah berkongsi pengalaman beliau membeli sebuah karipap yang hanya berintikan sebiji bawang daripada sebuah bazar Ramdan yang tidak didedahkan lokasinya. 

Beliau turut menganggap menu tersebut adalah lebih teruk daripada karipap angin/oksigen yang pernah jadi tular sebelum ini. 


Gambar karipap ‘unik’ itu sehingga kini menerima lebih daripada 8,200 perkongsian dan 2,200 tanda ‘like’ sejak dimuat naik semalam.

Ia lantas menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya beranggapan terlalu lucu untuk dijamah dan tidak kurang juga mengatakan peniaga terbabit mungkin tersilap ketika meletakkan inti. 



“Tak rugi ke makcik tu dah la bawang tu mahal,” kata @piocookies. 

Manakala @afif_ylce berkata: “Ini lah karipap yang paling kejam pernah aku tengok.”

“Wehh! Lagi teruk, hahaha. Nasib karipap ai tak macam tu. Full tank without any space of o2 lagi tu. Hahaha,” kata @ziraayang. 

Apa-apa pun kepada peniaga bazar ramadan di luar sana, sebelum marah pada rungutan orang ramai cubalah letakkan diri anda dalam kasut pengguna.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon