Saturday 10 June 2017

(Video) Lelaki Mengaku 'IMAM' Mengamuk Halau Orang Di Bazar Ramadan Kluang.

Tags



Seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang imam mengamuk dan menghalau sekumpulan petugas Pakatan Harapan yang sedang mengedarkan kurma di Bazar Ramadan di Kluang Johor.


Lelaki tersebut yang memakai kopiah berulang kali mendakwa dirinya imam, selepas diminta bersabar apabila dia bertindak ganas menolak dan menghalau petugas yang sedang mengedarkan kurma kepada umat Islam yang berkunjung di Bazar Ramadan tersebut.

"Sabar bang puasa," kata salah seorang petugas.

"Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, saya imam, saya imam," kata lelaki itu sambil mendabik dada menunjuk-nunjuk dirinya.

Seorang lagi lelaki botak yang dipercayai rakannya turut bertindak kasar menghalau petugas tersebut. Rakaman gelagat lucu samseng-samseng itu menjadi viral di media sosial.


Bagaimana pun, dari telinganya yang capang itu dapat kita kenal pasti bahawa lelaki mengaku imam ini pernah berlaku biadap sebelum ini, juga dalam bulan Ramadan difahamkan di lokasi Bazar Ramadan yang sama.

Tahun lalu lelaki ini pernah menjadi 'viral' dan sensasi di media sosial dan digelar dengan beberapa gelaran sebagai 'abang long capang', 'pendekar capang' dan 'samseng capang'.

Ketika itu dia melakukan perkara yang sama, menghalau petugas yang hadir ke bazar tersebut dalam insiden yang dikenali sebagai 'surat mana surat?'


Ketika itu dia menjadi bahan ketawa apabila meminta surat ketika menghalau rombongan petugas yang mahu memberi sedekah kurma kepada orang ramai.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut, sila klik button 'play' untuk menonton.


Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon