Wednesday 7 June 2017

(Viral) Kereta Diconteng Menggunakan Marker Merah Gara-gara Halang Kereta Lain Di Hospital Likas.

Tags



Sekeping gambar kenderaan berwarna putih yang diconteng dengan pelbagai gambar kartun dan perkataan seperti I will always love you menggunakan dakwat warna merah.


Kereta yang diconteng di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di Kota Kinabalu, sehingga viral di Facebook sejak tengah hari tadi. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu


Polis belum menerima laporan daripada pemilik sebuah kereta yang menjadi mangsa contengan kerana menghalang kenderaan lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas sehingga tersebar luas di laman sosial Facebook sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kawasan sekitar kenderaan itu kini dipantau rapi.

“Belum ada laporan polis dibuat oleh pemilik kereta itu kerana menghalang kenderaan lain di hospital berkenaan.

“Bagaimanapun, kawasan sekitar dipantau polis dan dalam keadaan terkawal,” katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan akaun Facebook milik Sabah Viral, kejadian dipercayai semalam manakala kenderaan diconteng itu menjadi viral sejak tengah hari tadi.

Kenderaan putih itu diconteng menggunakan pen marker dengan pelbagai perkataan termasuk I will always love you.


Dalam pada itu, pelbagai reaksi yang diberikan dari kalangan netizen berhubung hal tersebut. Ada yang memberikan komen yang tidak bersetuju dengan ‘hukuman’ menconteng itu.

Manakala, selebihnya menganggap ia sebagai peringatan yang kurang wajar kepada pemilik kenderaan itu.


“Beginilah zaman sekarang, sikit-sikit nak marah bila kereta kena blok, padahal sendiri pun pernah blok kereta orang lain. Jangan tidak mengaku.”

“Kita pun kena fikir orang itu, mungkin dia ada emergency sebab tu dia blok jalan.”

Kedua pihak pun tidak seharusnya bertindak seperti apa yang berlaku dalam situasi ini. Bagi pemandu kereta, janganlah menganggap jalan itu seperti hak peribadi, meskipun anda mempunyai hak di situ.

Manakala, mereka yang tidak berpuas hati, banyak cara lain untuk mengajar dan bukannya mengambil pendekatan merosakkan harta benda orang lain.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon