Wednesday 7 June 2017

Ceroboh Lahad Datu: Sembilan Warga Filippina Dihukum Mati.

Tags



Takkan pernah terpadam dari ingatan sewaktu kecohnya Malaysia apabila Lahad Datu, Sabah secara tiba-tiba telah diserang oleh kaum Sultan Jamalul Kiram III. Ramai nyawa yang terkorban, termasuk anggota tentera kita yang berjuang habis-habisan hingga ke hujung nyawa. Tiada siapa boleh menidakkan amarah rakyat Malaysia bahkan sehingga kini apabila dikenang kembali, amarah itu tetap ada.


Akhirnya, hukuman yang setimpal telah pun dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebentar tadi pada sembilan rakyat Filipina dalam kes serangan Lahad Datu. Hukuman mati telah dijatuhkan buat mereka kerana didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah, empat tahun lalu.

Memetik laporan Utusan Online, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd, Zawawi Mohd. Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menetapkan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Mereka yang bersalah terdiri daripada anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 54; Julham Rashid, 70; Virgilio Nemar Patulada, 53; Salib Akhmas Emali, 64; Tani Lahad Dahi, 64; Basad H.Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Atik Hussin Abu Bakar, 46; Al Wazir Osman, 62.

Sabitan telah dikekalkan oleh mahkamah dan mengubah hukuman pemjara sepanjang hayat kepada hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai tahun lalu kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Kesembilan anggota pengganas itu disabitkan melakukan kesalahan itu di beberapa tempat berbeza. Antaranya si Kampung Bakau dan Kampung Peringi di Semporna, Kampung Madai di Kunat, Ladang Atlas 2 di Jalan Ulu Tungku dan Kampung Tanduo di Lahad Datu antara 9 Februari 2013 dan 13 Mac 2013.

Memang selayaknya hukuman mati diterima oleh penceroboh-penceroboh ini. Setimpal dengan apa yang dialami oleh penduduk Lahad Datu yang sentiasa berada dalam ketakutan, dan mengorbankan anggota tentera Malaysia. Kesedihan dan ketakutan yang dialami oleh rakyat Malaysia terutamanya penduduk Lahad Datu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon