Thursday 13 July 2017

Bukan Kau Naik Tangan Kaki & Suka Main Perempuan Ke? - Bekas Isteri Faizal AF Luah Rasa Kecewanya.

Tags



Penyanyi yang juga merupakan juara Akademi Fantasia 4, Faizal kini kembali menduda setelah berpisah dengan bekas isterinya hujung tahun lalu. Ini merupakan perceraian ketiga buat Faizal.


Namun melalui beberapa post di Instagram bekas isteri Faizal AF, Sahidatul Najiha berang dengan dakwaan yang mengatakan dirinya adalah punca penceraian mereka.

Bertanggungjawab?


Video temubual bersama Faizal itu dikongsi oleh Sahidatul di akaun Facebook miliknya dengan kapsyen yang kurnag senang dengan apa yang dikatakan Faizal.
Berbangga benar bagitahu bila tiga kali BERKAHWIN. Bertangungjawab dari segi mana tuu?Orang yang bertanggungjawab ni dia laksanakan tugas yang Allah berikan. Bukan bercakap seperti tin kosong! Tingg tinggg habuk pun takdakkkk!”
Dakwa kuat propa


Menerusi status itu juga, Najiha turut melabelkan suaminya sebagai plastik kerana tidak mendedahkan perkara sebenar. Memetik laporan Insta Online:
Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.
Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah.
Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan.
Apa-apa pun hanya mereka berdua je yang tahu perkara sebenar yang berlaku. Harap boleh settle dengan baik.

Sumber: Sahidatul Najiha, Insta Online, OhBulan

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon