Sunday 9 July 2017

Gadis Diberi Nama N Hanya Kerana Dia Lahir Di Bulan NOVEMBER.

Tags



Seorang pelajar sebuah sekolah di sini mungkin antara individu yang memiliki nama paling unik dan pendek di Indonesia.


Dalam dokumen kelahiran gadis berusia 16 tahun dari Desa Tamanan di Banguntapan, Bantul, Yogyakarta ini namanya yang didaftarkan adalah N.

N berkata, dia tidak tahu mengapa ibu bapanya memberikan namanya hanya satu huruf sedang kakaknya dinamakan Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N".

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya. Sementara itu, bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu, dia menamakan anaknya N kerana gadis itu lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang wanita juga berasal dari Yogyakarta turut menjadi tumpuan kerana bernama Y.

Y yang kini berusia 20 tahun mengaku bangga kerana memiliki nama yang unik dan pendek di Indonesia. - Agensi

BACA INI JUGA:

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon