Sunday 9 July 2017

Isteri Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Dan Minta CERAI Gara² Kawan Suami Prank Menyamar Jadi Wanita Mengandung!!!

Tags



Kadang-kadang gurauan mengeratkan hubungan dan dengan gurauan juga memutuskan silaturahim. Hampir saja gurauan lelaki ini membuatkan rumahtangga kawannya hampir hancur musnah. Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mangsa dituduh telah menghamilkan anak perempuan orang.


“Nak bergurau ada batasnya. Walaupun cermin kereta dah pecah, tapi tak apalah sebab harta boleh dicari. Orang yang kita sayang tak dapat ditukar ganti,” demikian luahan Kyrol Aszuky di Facebooknya semalam.

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, Kyrol dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai perempuan bernama Mira. Apabila disoal siapakah perempuan itu sebenar, individu yang tidak bertanggungjawab itu mendakwa dia telah hamilkan anak Kyrol.





Akibatnya dari perbuatan individu terbabit, isteri kepada Kyrol mengamuk. Kyrol cuba menghubungi individu itu namun panggilannya tidak dijawab membuatkan Kyrol bercadang untuk membuat laporan polis.

Selepas itu, barulah individu berkenaan mengaku dirinya adalah Akmal, rakan kepada Kyrol dan berkata dia hanya bergurau sahaja.

Malangnya gurauan Akmal itu telah menyebabkan isteri Kyrol mengamuk dan meminta diceraikan. Akmal berkata dia mahu cuba menjelaskan kepada isteri rakannya itu, malangnya wanita itu telah lari dari rumah dan enggan mendengar sebarang penjelasan.

Sementara itu, netizen mengecam tindakan Akmal yang bergurau tak bertempat sehingga hampir memusnahkan rumah tangga rakannya.

“Bodoh punya kawan. Nanti dia dah kahwin, prank macam ni balik. Banggang,” kata Irene.

“Allahuakbar, apa punya kawanlah bergurau sampai nak meruntuhkan masjid orang? Banyak lagi benda boleh dibuat bergurau. Benda begini golongan isteri cukup pantang kalau dengar. Kalau begini punya kawan, tak berkawan pun tak apa.”

“Apa-apa pun selagi boleh dipertahankan masjid yang sudah dibina itu, pertahankanlah ye. Kasihan apda anak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulis Nurul Darlina.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon