Sunday 9 July 2017

'Kamu Tanggunglah Dosa Kerana Hina Gambar Saya Sedang Mengandung' - Nur Sajat.

Tags



Baru-baru ini, usahawan cantik Nur Sajat kongsikan gambarnya dalam keadaan hamil di Instagram miliknya.


Namun seperti biasa, rata-rata netizen menghina dan mengecam gambar tersebut. Berikutan itu, Sajat menggesa supaya berhenti menghina gambar tersebut kerana ianya satu dosa.

Tambahnya lagi, gambar yang tular di media sosial itu diambil empat tahun lalu dalam sebuah penggambaran video komersial.


“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat. Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan sudah dosa.

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tidak ada pula yang nak kecam. Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat. Itu adalah normal,” katanya seperti dipetik daripada mStar.

Gambar tersebut pernah dimuat naik di akaun Instagram miliknya ketika Sajat diminta menggayakan penampilan wanita hamil.

“Memang saya ‘upload’ gambar ini, tetapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja. Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tidak salah kita nak jadi watak apa pun.

Sajat berkata sebelum bergelar usahawan, beliau pernah menjadi model dan penari namun apa yang dilakukan kurang disenangi pengguna media sosial.

Nur sajat ni spesis kuda laut ke? Sebab kuda laut ni, yang jantan mengandung...

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon