Friday 14 July 2017

Tarikh Gaji Penjawat Awam Bulan Julai 2017 Diawalkan?



Sudah pasti ramai sekarang dalam keadaan ‘darurat’ terutamanya penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang menunggu hari gaji yang dijangka masuk pada 25 Julai 2017 mengikut tarikh asal yang dikeluarkan sebelum ini.


Selepas menerima gaji awal pada bulan Jun 2017 iaitu pada 15 Jun 2017 sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut hujung bulan lepas, penjawat awam terpaksa menanti tempoh yang lama untuk gaji bulan Julai 2017 ini.

Namun, tarikh gaji penjawat awam untuk bulan Julai 2017 dikatakan akan diawalkan pada tarikh asal iaitu 25 Julai 2017 kepada 20 Julai 2017 pada hari Khamis, minggu sebelum tarikh gaji asal.

Sekeping gambar yang tersebar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp mendedahkan nota pemberitahun mengenai tarikh gaji bulan Julai 2017 diawalkan daripada laman web Bahagian Sumber Manusia telah diambil gambar dan dimuat naik.

Adalah benar tarikh gaji kakitangan kerajaan bulan Julai 2017 ini diawalkan? Sama-sama kita nantikan dan semak akaun bank gaji anda pada minggu hadapan!

Jika belum, simpankan sisa-sisa baki sen anda sehingga ke ‘hujung garisan’… Hehehe….

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon