Thursday 28 September 2017

Bunuh 23 Penghuni Pusat Tahfiz, 2 Remaja Didakwa Mengikut Seksyen 302.

Tags



KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan.


Dua pesalah berusia 16 tahun hanya mengangguk sambil menjawab "Saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi dilakukan secara tertutup kerana kedua-dua tertuduh adalah remaja bawah umur. 

Pihak media, orang awam serta keluarga mangsa diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon