Monday 30 October 2017

Wajah Dan Identiti 'Datuk Seri' Pukul 3 RELA Akhirnya Terbongkar.

Tags



'Datuk Seri' berpelakuan gan#gster yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Jumaat lalu, telah ditahan pada jam 4 petang tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

TRENDING:
Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).


Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina.


Beliau juga dilihat pernah bergambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.


Dipercayai beliau menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

*Menurut beberapa sumber, dikatakan suspek menerima anugerah "Datuk Seri" dari salah satu Kesultanan di Indonesia.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon