Saturday 11 November 2017

12 Tahun Berkhidmat Sebagai Guru Guna MyKad Palsu.

Tags




KOTA KINABALU: Seorang guru wanita yang sudah berkhidmat selama 12 tahun, dikenakan penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu. Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Asni Ismail, 39, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati menggunakan kad pengenalan palsu atas namanya bernombor 780331-12-5186, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kinarasan Ranau, pada 6 November.

ASNI (tangan bergari) diiringi pegawai JPN ketika berada di luar kamar mahkamah. 

Mengikut fakta kes, pada 15 Jun, satu aduan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ranau menerima permohonan pengesahan kad pengenalan 780331-12-5186, atas nama Asni Ismail.

Semasa semakan dilakukan, kad pengenalan berkenaan tiada di dalam sistem komputer JPN, kes dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Tamat tempoh hukuman, Asni diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN BORNEO

ARTIKEL MENARIK:

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon