Saturday 11 November 2017

Pasukan Polis Kuala Lumpur Diserang Lebih 50 Pendatang Asing China.

Tags




Lebih 50 orang pendatang asing dari China, dilaporkan telah menyerang sepasukan anggota polis di Jalan Abraham Off Jalan Khoo Teik Ee, Kuala Lumpur malam tadi.

Pihak polis terpaksa melepaskan empat das tembakan amaran apabila sekumpulan tujuh orang pasukan polis diserang oleh mereka ketika hendak memeriksa sebuah premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assistant Commissioner Shaharudin Abdullah dipetik sebagai berkata, maklumat awal kegiatan judi itu telah diterima oleh anggotanya ketika melakukan rondaan.

"Sebaik tiba di lokasi, seramai kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang dan mereka turut diserang,"

"Bagi mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi," katanya lagi.

Semua suspek kini telah ditahan dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan akan disiasat Mengikut Seksyen 147/353 Kanun keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka.

Dilaporkan terdapat kira-kira seramai 200 pekerja kontrak warga China mendiami kawasan berkenaan dan siasatan terperinci keatas kegiatan judi itu sedang dijalankan.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon