Saturday 11 November 2017

Lubang Apakah Tu???

Tags



Lubang misteri sedalam 3.6 meter di atas jalan Kampung Rampai, Sikuati, Kudat. FOTO Ihsan PDRM 

Penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat, gempar apabila menemui lubang misteri di atas jalan yang didakwa berlaku selepas kejadian aneh cahaya terang menjunam dari langit, semalam.

Saksi kejadian John Ukong, 47, mendakwa melihat cahaya putih di udara kira-kira 2 pagi sebelum cahaya berkenaan condong ke bawah namun tidak mengesyaki apa-apa.

Bagaimanapun, keesokan harinya, penduduk yang melalui jalan berkenaan terkejut apabila menemui lubang berkenaan sebelum terus memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, sebaik menerima laporan, beliau bersama enam anggotanya melawat tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat satu lubang dengan kedalaman kira-kira 3.6 meter terbentuk di atas jalan kampung berkenaan.



“Polis akan merujuk perkara itu kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat dan Jabatan Tanah dan Galian, Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Semasa saksi melihat cahaya putih itu di ruang udara, saksi mendakwa tidak kedengaran apa-apa bunyi letupan atau petir dan keadaan cuaca juga baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keadaan lubang yang terbentuk seperti di gerudi namun permukaan jalan sekitar lubang berkenaan tidak mempunyai sebarang kesan tanah bertaburan. - myMetro

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon