Saturday 2 December 2017

Datin Noor Azimah Beri Amaran Kepada PPD Kuantan Kerana Paksa Semua Sekolah Buat Solat Jemaah Pada Pelajar.

Tags




PETALING JAYA: Pihak terlibat dalam pendidikan mengingatkan pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri yang sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu mahupun sekolah agama.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, menjadi tanggungjawab pengetua dan guru besar untuk memastikan semangat kebangsaan dikekalkan di sekolah kebangsaan.

“Tetapi orang mungkin lupa. Ia memerlukan semangat kebangsaan. Ini kerana agama ada tempat dan masanya dalam kelas tertentu,” katanya kepada FMT.

Katanya, ibu bapa dengan anak yang berminat dalam agama boleh menghantar mereka ke sekolah agama atau tahfiz kerana ia lebih khusus.

TRENDING:
Beliau mengulas peraturan baharu diumumkan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar pada Rabu lalu, di mana semua sekolah di daerah itu wajib mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Katanya, sembahyang antara pengisian utama pihaknya membina karektor warga sekolah, khususnya murid untuk mencegah perkara negatif dalam mengharungi dunia kian mencabar.

Azimah yang kerap bercakap mengenai isu pendidikan berkata, pengetua sekolah perlu memastikan pelajar bukan Islam tidak diketepikan atau berasa terasing di sekolah kebangsaan.

Katanya, doa adalah baik dan patut digalakkan sebanyak mungkin, tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian.

Beliau berkata, keluarga atau individu biasanya berdoa sebelum meninggalkan rumah untuk perjalanan atau hari yang baik dan amalan Islam itu bukan bertujuan untuk memaksa sesiapa pun.

Bekas guru, Tan Ai Ming berkata, sekolah kebangsaan patut menyemarakkan semula semangat Rukun Negara, satu pengisytiharan falsafah kebangsaan sebagai cara menggalakkan perpaduan di kalangan anak muda.

Katanya, jika ini tidak dilaksanakan dan keadaan semasa berterusan di sekolah kebangsaan, semakin ramai ibu bapa akan memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah Cina, Tamil atau sekolah antarabangsa yang mahal.

Saifuddin berkata, kadangkala niat pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri adalah baik, tetapi pendekatan mereka salah.

Bekas timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meminta Jabatan Pendidikan Pahang segera menyiasat kesan peraturan itu kepada sekolah di Kuantan.

Beliau berkata, jabatan itu harus mengkaji jika tindakan itu mendorong lebih ramai ibu bapa India, Cina dan sesetengah ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah lain.

“Mereka menganggap sekolah kebangsaan seperti sekolah agama.”

Saifuddin yang kini ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan berkata, pendidikan Islam sudah disediakan untuk pelajar Islam, di mana “guru boleh berdoa sebanyak mungkin dalam kelas itu”.

Beliau berkata, kadangkala niat pengetua sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri adalah baik, tetapi pendekatan mereka salah.

“Masalahnya, kadangkala niat itu silap dilaksanakan,” katanya merujuk peraturan di Kuantan itu.

Pemimpin MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker memberitahu FMT sekolah kebangsaan berjaya menarik ramai murid bukan Melayu sebelum ini dan lebih baik jika fokus ditumpukan kepada pendidikan, bukannya agama sebagai tugas dan tanggungjawab utamanya. FMT masih cuba menghubungi Razali untuk mengulas peraturan itu.

Dalam artikel sebelum ini pihak PPD arahkan semua sekolah di kuantan wajib melakukan solat jemaah sebelum pulang. -FMT

TONTON INI:
Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon