Sunday 17 December 2017

Jumlah Kelahiran Muslim Akan Mengatasi Kelahiran Kristian Menjelang 2035.




Lebih ramai bayi telah dilahirkan kepada ibu-ibu Kristian berbanding anggota-anggota mana-mana agama lain pada tahun-tahun kebelakangan ini, mencerminkan status berterusan agama Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia. Tetapi ini mungkin tidak akan menjadi kesnya untuk masa yang lama lagi: Dalam kurang 20 tahun dari sekarang, jumlah bayi yang akan dilahirkan kepada orang-orang Muslim dijangka melebihi sedikit dari kelahiran bagi orang-orang Kristian, menurut anggaran demografi baru Pew Research Center.

Orang-orang Muslim diunjurkan akan menjadi kumpulan agama utama yang paling cepat bertumbuh dalam dekad-dekad yang akan datang, seperti yang telah diterangkan oleh Pew Research Center, dan tanda-tanda pertumbuhan pesat ini sudah mula kelihatan. Dalam jangka waktu di antara 2010 dan 2015, kelahiran kepada Muslim terdiri daripada anggaran 31% daripada bayi yang dilahirkan di dunia - jauh melebihi nisbah Muslim di kalangan penduduk dunia untuk semua peringkat umur pada 2015 (24%).

Populasi Kristian di dunia juga terus bertumbuh, tetapi secara lebih sederhana. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, 33% daripada bayi-bayi di dunia telah dilahirkan kepada orang-orang Kristian, yang sedikit lebih tinggi daripada nisbah Kristian di kalangan penduduk dunia pada 2015 (31%).

Manakala populasi Kristian yang lebih muda secara bandingan di Afrika di rantau seperti Sub Sahara Afrika (di selatan padang gurun Sahara) diunjurkan akan bertumbuh pada dekad-dekad akan datang, perkara yang sama tidak dapat dikatakan mengenai populasi Kristian di tempat-tempat lain. Sesungguhnya, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, orang-orang Kristian memiliki nisbah kematian secara bandingan yang lebih besar dalam kematian di dunia (37%) - sebahagian besarnya kerana umur lebih tua secara bandingan populasi Kristian di sebahagian tempat. Ini terutamanya terjadi di Eropah, di mana bilangan kematian sudah pun dianggarkan melebihi bilangan kelahiran di kalangan Kristian. Di Jerman sahaja, sebagai contohnya, dianggarkan 1.4 juta lebih kematian Kristian berbanding kelahiran di antara 2010 ke 2015, pola yang dijangka akan berterusan di kebanyakan negara Eropah pada dekad-dekad akan datang.

Secara global, populasi Muslim yang secara bandingan lebih muda dan memiliki kadar kesuburan lebih tinggi telah membawa kepada unjuran bahawa di antara 2030 dan 2035, akan ada lebih sedikit bayi yang dilahirkan kepada Muslim (225 juta) berbanding Kristian (224 juta) meskipun jumlah populasi Kristian masih lebih besar. Di antara jangka waktu 2055 ke 2060 perbezaan bilangan kelahiran dijangka mencapai 6 juta (232 juta kelahiran Muslim berbanding 226 juta kelahiran Kristian).


Taburan usia setiap kumpulan agama adalah penentu penting pertumbuhan demografi. Sesetengah kumpulan, penganut-penganutnya lebih ramai yang muda, dengan jangka masa melahirkan masih di hadapan mereka, manakala anggota-anggota kumpulan-kumpulan lain lebih tua dan kebanyakannya telah melepasi jangka masa melahirkan. Umur purata Muslim (24 tahun) dan Hindu (27 tahun) adalah lebih muda daripada purata umur keseluruhan populasi dunia (30), manakala umur purata Kristian (30) menyerupai purata dunia. Semua kumpulan-kumpulan lain adalah lebih tua daripada umur purata dunia, yang merupakan sebahagian sebab mereka akan ketinggalan dalam pertumbuhan populasi global.

Tambahan lagi, orang-orang Muslim mempunyai kadar kesuburan tertinggi di antara semua kumpulan agama - dengan purata 2.9 anak per wanita, jauh mengatasi tahap penggantian (2.1), angka minima yang biasanya diperlukan untuk mengekalkan populasi yang stabil. Kristian adalah yang kedua, dengan 2.6 anak per wanita. Tahap kesuburan Hindu dan Yahudi (masing-masing 2.3) adalah hanya sedikit di bawah purata global 2.4 anak per wanita. Semua kumpulan lain mempunyai tahap kesuburan terlalu rendah untuk mengekalkan populasi mereka.

Bagaimana Kelahiran & Kematian Mengubah Populasi Agama


Sebagai kumpulan agama terbesar, Kristian mempunyai kelahiran dan kematian terbanyak di antara mana-mana kumpulan di antara 2010-2015. Dalam jangka masa 5 tahun ini, anggarannya 223 juta bayi telah diharikan kepada ibu-ibu Kristian dan kira-kira 107 juta Kristian telah mati, bererti pertumbuhan semulajadi dalam populasi Kristian - iaitu, jumlah kelahiran tolak jumlah kematian - adalah 116 juta dalam jangka masa itu.

Muslim mempunyai bilangan kelahiran kedua tertinggi di antara 2010-2015, dengan 213 juta bayi dilahirkan kepada ibu-ibu Muslim. Tetapi Muslim mempunyai pertambahan semulajadi terbesar di antara mana-mana kumpulan agama - 152 juta orang - oleh kerana kematian Muslim yang kecil bilangannya secara bandingan (61 juta). Pertambahan semulajadi yang besar ini terhasil dari kedua-dua tahap kesuburan Muslim yang tinggi dan jumlah populasi Muslim yang lebih tertumpu dalam kumpulan umur lebih muda, yang mana mengalami kadar kematian yang lebih rendah.

Pola pertambahan populasi semulajadi ini adalah faktor terbesar dalam unjuran populasi global masa hadapan.

Unjuran Populasi Global, 2015 ke 2060


Kristian adalah kumpulan agama terbesar pada 2015, merupakan hampir satu pertiga (31%) daripada populasi Bumi seramai 7.3 bilion orang. Muslim di tempat kedua, dengan 1.8 bilion orang, atau 24% daripada populasi global, diikuti oleh mereka yang tiada anutan (16%)populasi Bumi seramai 7.3 bilion orang. Muslim di tempat kedua, dengan 1.8 bilion orang, atau 24% daripada populasi global, diikuti oleh mereka yang tiada anutan (16%), Hindu (15%) dan Buddhis (7%).

Di antara 2015 dan 2060, populasi dunia dijangka meningkat 23%, ke 9.6 bilion. Dalam jangka waktu yang sama itu, bilangan Muslim, agama besar dengan populasi termuda dan kesuburan tertinggi - diunjurkan akan bertumbuh 70%. Bilangan Kristian diunjurkan akan meningkat 34%, lebih cepat sedikit dari populasi keseluruhan global tetapi jauh lebih perlahan dari Muslim.

Hasilnya, menurut unjuran Pew Research Center, menjelang 2060, bilangan Muslim (3.0 bilion, 31% daripada populasi) akan menghampiri bilangan Kristian (3.1 bilion, 32%).

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Pew research Center bertajuk, "The Changing Global Religious Landscape" bertarikh 5 April 2017)

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon