Sunday 17 December 2017

Kronologi Kes Cikgu Azizan, Runtuhnya Sebuah Institusi Perguruan.

Tags




Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Nasib Cikgu Mohd Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A, Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500.

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah. Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Encik Azizan Bin Manap

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

NUTP Mohon Sokongan Moral Orang Ramai Kepada Cikgu Azizan

Ayuh, sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon sokongan moral orang ramai terhadap seorang guru yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin pelajar.

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.



Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.
Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi

Sementara itu, Presiden NUTP, Kamarozaman Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan kenyataan itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama penduduk Taman Semarak akan melaksanakan solat hajat bagi Cikgu Azizan.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon