Tuesday 2 January 2018

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Cuti Sakit.




Ini adalah contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah jika pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun untuk dikepilkan sekali bersama sijil sakit.

Surat rasmi memohon cuti ini juga sangat berguna bagi pelajar untuk meminta izin tidak datang hadir ke sekolah atas sebab tertentu.

Anda boleh menggunakan format surat dibawah dan ubah mengikut kesesuaian anda.

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah


Richard Gusang,
Blok T-7, Taman Sentosa,
85300, Penampang,
Sabah.
_____________________________________________________________________

Guru Kelas 2 Berlian,
S. K. Mutiara,
Jalan Aman,
89200, Lintas
Kota Kinabalu, Sabah.                                                                                    05/01/2018

Tuan/Puan,

PERKARA:TIDAK HADIR KE SEKOLAH


Merujuk pernyataan diatas, saya waris penjaga Alekman Richard ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 03/01/2018.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah beberapa hari yang lepas.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 02/01/2018 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
_______________
( Richard Gusang )

BACA INI JUGA: 

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon