Friday 2 February 2018

Kronologi Pelajar Tumbuk Guru Hingga Mati.

Tags




Kematian seorang guru sekolah menengah, Ahmad Budi Cahyono di Torjun, Madura, Jawa Timur akibat di pukul oleh pelajar lelaki telah menggemparkan pejabat pendidikan negeri itu.

Dipetik dari portal Tribun Madura, kejadian berkenaan berlaku ketika dalam pelajaran seni melukis pada jam terakhir sesi sekolah pada hari tersebut.

Dimaklumkan suspek tidak mahu mendengar, malah mengganggu rakan sekelasnya termasuk menconteng lukisan pelajar lain.

Mangsa cuba menegur namun suspek tidak mengendahkan dan buat tidak tahu, malahan lebih menjadi-jadi.

Guru yang berang dengan sikap suspek bertindak menconteng pipi suspek dengan cat lukisan.

Berang dengan hal itu, suspek kemudian memukul kepala gurunya beberapa kali termasuk di bahagian leher dengan membabi buta.

Keduanya dileraikan oleh pelajar dan guru lain yang menyedari kejadian itu. Mangsa dan suspek kemudian dibawa ke pejabat pengetua sekolah untuk tindak lanjut.

Mangsa yang terlebih dahulu balik ke rumah menberitahu kepada isterinya yang mengandung anak pertama berkaitan kejadian itu.

Menurut isterinya, suaminya itu mengaku sakit di bahagian leher dan mengalami pening kepala sebelum tidak sedarkan diri.

Mangsa sempat di bawa ke hopsital Dr Seotomo di Surabaya, namun Budi Cahyono disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam akibat kecederaan dalaman pada lehernya menyebabkan otaknya tidak berfungsi.

Menurut hasil siasatan terkini pihak polis, suspek dikenali sebagai seorang pelajar yang bermasalah dan mahir dalam pencak silat.

Dia dikenali sebagai seorang ahli bela diri sejak duduk di bangku sekolah rendah dan sampai sekarang dia masih belajar pencak silat.

"Suspek sudah pun menyerahkan diri pada Jumaat semalam selepas kami mendatangi rumahnya. Kini kes masih dalam siasatan lanjut," kata Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon