Sunday 15 July 2018

Semua Perkhidmatan BSN Tidak Akan Beroperasi Mulai 31 Ogos Hingga 4 September 2018.




Untuk makluman para pelanggan BSN seluruh negara, semua perkhidmatan BSN tidak akan beroperasi bermula 31 Ogos hingga 4 September 2018.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, segala urusan transaksi atau apa jua urusan eloklah dilakukan sebelum 30 Ogos.

*****
Berikut adalah pemakluman rasmi dari pihak BSN:

Dimaklumkan bahawa kesemua perkhidmatan perbankan BSN akan tergendala buat sementara waktu dari Jumaat, 31 Ogos 2018 sehingga Selasa, 4 September 2018 (11 pagi).

Perkhidmatan terlibat:

1. Penutupan sementara semua cawangan.
2. Terminal layan diri:
  • Mesin Juruwang Automatik (ATM & MEPS),
  • Mesin Deposit Tunai (CDM), 
  • Mesin Deposit Duit Syiling (CoDM)
3. Perbankan Internet, Perbankan SMS dan Perkhidmatan Pembayaran Dalam Talian.
4. Transaksi Kad Debit BSN & Kad Kredit BSN (kecuali pembelian melalui Kad Kredit BSN).
5. Ejen Bank BSN (EB BSN).

Kecuali:
1. Permohonan pinjaman baharu dan pembukaan akaun tidak akan diproses selepas 11.59 malam pada 25 Ogos 2018.
2. Deposit dan pembayaran melalui cek tidak akan diproses selepas 11.59 malam pada 28 Ogos 2018.
3. Semua urus niaga Interbank Giro (IBG), Interbank Fund Transfer (IBFT) dan JomPay tidak akan diproses selepas 11.59 malam pada 29 Ogos 2018.

Para pelanggan dinasihatkan agar merancang transaksi perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

P/S: Jangan lupa beritahu mak ayah, saudara & kawan-kawan korang ya.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon