Berikut adalah salah satu contoh surat rasmi pemberitahuan kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk bertugas tanpa sijil sakit ataupun untuk dikepilkan sekali bersama sijil sakit.
Surat rasmi ini juga sangat berguna bagi pekerja atau individu yang bekerja di sektor swasta untuk memberitahu sebab mengapa tidak datang hadir bekerja atas sebab tertentu seperti hal-hal kecemasan, peribadi dll.
Anda boleh menggunakan format surat dibawah dan mengubahnya mengikut situasi semasa anda.
Contoh Surat Rasmi Pemberitahuan Tidak Hadir Bekerja
Richard Gusang,
Blok T-7, Taman Sentosa,
85300, Penampang,
Sabah.
_____________________________________________________________________
Pengurus,
Kekal Maju Sdn. Bhd
Jalan Kolombong 2,
88450, Inanam,
Sabah. 18 Julai 2018
Tuan/Puan,
PERKARA:TIDAK HADIR BEKERJA
Merujuk perkara diatas, saya Richard Gusang ingin menjelaskan ketidakhadiran saya pada 16 Julai 2018 lalu.
2. Untuk pegetahuan tuan, saya mengalami demam pada malam sebelumnya (15 Julai 2018) dan telah berjumpa doktor di Hospital Likas, Kota Kinabalu pada keesokkan harinya. Atas nasihat doktor, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah.
3. Dengan ini, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan saya bercuti sehari.
Segala perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
_______________
EmoticonEmoticon