Thursday 23 August 2018

Semakan Status Bankrap Secara Online.




Anda ingin tahu sama ada diisytiharkan muflis atau bankrap? Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), menganggarkan hampir 20,000 kes bankrap direkodkan setiap tahun. Untuk pengetahuan, kini anda boleh membuat semakan status bankrap secara online di aplikasi MyDI.

Apa itu Kebankrapan?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada KPI dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut.

Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan bankrap. Jadi disini kongsikan cara membuat semakan status bankrap secara online.

Semakan Status Bankrap Secara Online

Berikut adalah maklumat tentang cara semakan status bankrap atau muflis secara online termasuk aplikasi semakan:

1. Membuat semakan melalui kaunter carian di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00.

2. Semakan status bankrap secara online di www.insolvensi.gov.my atau myeg.com.my/. Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM12.00.

3. Muat turun aplikasi MyDI di laman https://e-insolvensi.mdi.gov.my/

Kelayakan Yang Hilang Bagi Seorang Muflis

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:

(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;

(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);

(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;

(d) Mengamalkan profesion tertentu;

(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat;

(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;

(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa saksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;

(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;

(i) Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap.

(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.

Kesan Bankrap

1. Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya. Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan.

2. Seorang bankrap hanya boleh menggunakan kad kreditnya dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk menggunakan kad kredit melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan kemudahan kad kredit tersebut atas status kebankrapannya bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pemberian kemudahan kad kredit tersebut.

3. Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindahmilik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya. Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI.

4. Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilang kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat berdasarkan Akta Syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah.

Semoga perkongsian ini membantu anda menyemak status muflis dengan mudah. Selamat membuat semakan status bankrap secara atas talian.

Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon